Wednesday, August 19, 2009

Drama

PERKATAAN drama berasal daripada perkataan Greek Tua "dran" yang bermaksud melakukan aksi "melakonkan".Drama juga membawa maksud gambaran hidup manusia yang dicipta oleh pengarang melalui daya imaginasi,fantasi dan pengalaman hidupnya dalam proses sosiolisasi.Berbeza gengan genre sastera yang lain,drama dihasilkan bukan untuk dibaca,tetapi bertujuan untuk dipentaskan.
Di Malaysia,pertumbuhan drama moden sebagai hasil kesusasteraan dapat dikatakan agak lambat.Pada tahun 1930-an,kita sudah melihat cerpen an sajak tetapi pada tahun 1940-an,drama masih di peringkat drama bangsawan.Bangsawan ialah drama tradisional yang masih belum menggunakan skrip bertulis dan sutradara.Bagaimanapun,unsur pembaharuan telah jelas kelihatan.Di peringkat awal tahun 1950-an,drama-drama yang dipentaskan lebih berbentuk sandiwara.Tetapi pada tahun 1960-an drama-drama realisme telah mula diperkenalkan.Drama realisme lebih diminati kerana bentuknya yang lebih dekat dengan realiti hidup masyarakat yang diwakilinya.Drama realisme terus dihasilkan oleh penulis sehingga tahun 1970-an.
Bahagian genre drama ini mengemukakan sejumlah lima buah drama karya penulis mapan untuk dikaji dan diperkatakan oleh para pelajar.
Drama "Tun Seri Lanang" selenggaraan Shaharom Husain memaparkan sedutan kisah sejarah dalam era sistem beraja alam Melayu suatu masa dahulu.Tun Seri Lanang,Bendahara negeri Johor telah menjalankan pentadbiran dengan berhemah dan teratur.Tun Seri Lanang menjadi lebih terbilang oleh kelebihannya dalam bidang menyusun sejarah.
"Bujur Lalu Melintang Patah" karya Kala Dewata atau nama sebenarnya Mustapha Kamal Yassin merupakan seorang tokoh drama yang telah mempelopori drama realisme di Malaysia.Drama "Bujur Lalu Melintang Patah" cuba mengutarakan tentang persoalan pertentangan pendapat atau jurang generasi tua dan muda.Generasi tua amat berpegang pada hidup bermuafakat dan mengekalkan adat tradisi kaum iaitu adat pepatih.Manakala generasi muda amat memilih jalan sendiri dalam kehidupan moden tanpa dibelenggu adat tradisi yang dianggap[ lapuk.
Drama "Waktu Sesudah Itu" karya Othman Haji Zainuddin membicarakan tentang kemanusiaan sejagat.Walaupun latar masyarakatnya masyarakat Melayu dan latar tempatnya Malaysia,iaitu kawasan setinggan di bandar raya,namun pemikiran dan persoalan yang digarap merupakan isu sejagat.Kisah berkisar tentang nasib bekas pejuang bangsa yang telah menyabung nyawa menentang penjajah.

Friday, July 31, 2009

IBADAT

Tema dalam sajak ini ialah bertema keagamaan. Contoh,
Kuserahkan penuh kerelaan
Dengan wajah yang tenang
Ibadatku- Tuhan
Dalam rangkulan duniawi yang aneh
Memutar haluan
Di mana manusia tersungkur
Membawa kesesatan.

Persoalan yang pertama terdapat dalam sajak ialah ibadat ialah kerelaan
menyerah diri kepada Allah dengan harapan akan diterima oleh Allah. Contoh,
kau terimalah ibadatku
dari hati yang bersih
doa dan salamku
di subuh yang bening
di mana aku sujud
di bawah kudrat-Mu

Persoalan yang kedua ialah kekuasaan Allah perlu diyakini kerana Dialah
mampu menghidupkan dan mematikan makhluk. Contoh,
kurasa diriku terlalu kecil
kurasa ibadatku terlalu nipis
betapa pun kuyakini
di mana menjadikan
yang mematikan.

Persoalan yang terakhir ialah Allah berkuasa memakbulkan doa dan
memenuhi harapan hamba-Nya. Contoh,
dalam kembaraanku ini
kupohon kasih saying
limpah kurnia
usia yang panjang
rezeki yang murah
iman yang kukuh.

PERJALANAN DUA LIMA YANG KEDUA

Tema yang pertama terdapat dalam sajak ialah bertemakan kehidupan.
Contoh,
Telah lama aku berdiri di sini
Bumi ini kurasakan panasnya
Bergerak dan menggigit pinta kebebasan
Meledak dan menjerit tapi tidak ke mana
Inilah amanatnya sebuah penghidupan.

Persoalan yang pertama yang terdapat dalam sajak ini ialah penyajak
menyedari bahawa semakin dewasa, kebebasan hidup yang diinginya semakin terbatas kerana terdapat tanggungjawab hidup yang lebih besar untuk dipikulnya.Contohnya,
Telah lama aku berdiri di sini
Bumi ini kurasakan panasnya
Bergerak dan menggigit pinta kebebasan
Meledak dan menjerit tapi tidak ke mana
Inilah amanatnya sebuah penghidupan
Sebuah hati berpalang
Sebuah dada bersilang
Kubawa hati dan dada ini
Mendaki gunung
Menggali puncaknya

Persoalan yang kedua ialah kejayaan hidup bukan sekadar impian dan harapan,
tetapi tanggungjawab yang perlu diusahakan untuk dicapai. Contoh,
telah suku abad perjalanan ini ditakdirkan
aku di sini bersama Cuma sebuah pengucapan
kini berjalan tandus berlagu kudus
hujan dan panas adalah musik setia
Persoalan yang terakhir ialah pengalaman hidup menjadi asas untuk merencanakan kehidupan
kita yang seterusnya. Contohnya,
hujan dan panas adalah musik setia
kiranya dipadamkan pelita di hujung kaki
adalah perkabungan sebuah tekad
bahawa aku telah dewasa
untuk mencacinya.

Insan kerdil dan Ibunda

Insan kerdil

Gaya bahasa yang pertama ialah aliterasi iaitu pengulangan huruh konsonen huruf B. Contohnya :
Dan dibawahnya bumi bernanah

Gaya bahasa yang kedua ialah hiperbola iaitu menyampaikan sesuatu secara yang berlebih-lebihan. Contohnya :
mungkin tulang sumsum mangsa perang

Gaya bahasa yang ketiga ialah metafora iaitu sesuatu yang dapat dikira dan satu tidak dapat dikira. Contohnya :
Dia mendengar derap kaki

Gaya bahasa yang keempat ialah anafora iaitu pengulangan kata. Contohnya :
Dari tangga rumahnya

Gaya bahasa yang seterusnya ialah personafikasi yang bermaksud sifat manusia kepada benda abstrak. Contohnya :
Mengamati suara bedil

Ibunda

Gaya bahasa yang pertama ialah hiperbola iaitu menyampaikan sesuatu secara yang berlebih-lebihan. Contohnya :
Kau embun yang menitis
Ke urat daun kami

Gaya bahasa yang kedua ialah kata ganda yang bermaksud kata yang diganda-gandakan. Contohnya :
Yang tak menuntut apa-apa

Gaya bahasa yang ketiga ialah metafora yang bermaksud sesuatu yang dapat dikira dan satu yang tidak dapat dikira. Contohnya :
Budi berzaman

Gaya bahasa yang keempat ialah personafikasi yang bermaksud sifat manusia kepada benda abstrak. Contohnya :
Ku hirup kesunyian wanita

Gaya bahasa yang kelima ialah asonansi yang bermaksud pengulangan vokal A. contohnya :
Dewasa putera-puteri oleh kecekalan wanita

Peta bahasa

Gaya bahasa yang pertama ialah anafora yang bermaksud pengulangan kata awal baris. Contohnya :
Peta bahasaku

Gaya bahasa yang kedua ialah metafora yang bermaksud sesuatu yang dapat dikira dan satu yang tidak dapat dikira. Contohnya :
Rumpun melayu

Gaya bahasa yang ketiga ialah asonansi yang bermaksud pengulangan vokal A. contohnya :
Ke Afrika Selatan dan Sri Lanka

Gaya bahasa yang keempat ialah hiperbola yang bermaksud menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan. Contohnya :
Bahasaku berkembang

Gaya bahasa yang seterusnya ialah simbolik yang bermaksud melambangkan sesuatu. Contohnya :
Ke seantero dunia
Dalam kata dan aksara
Tanpa hujungnya

BURUNG-BURUNG DI PUNCAK GUNUNG & ERTI PERSAHABATAN

BURUNG-BURUNG DI PUNCAK GUNUNG.

Gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Burung-burung di Puncak Gunung yang pertama ialah simile yang bermaksud perbandingan setara dengan menggunakan kata seperti, bagai dan lain- lain. Contohnya;-
‘bagai engkau hai burung-burung’

Gaya bahasa yang kedua ialah sinkof yang bermaksud penyingkatan kata. Contohnya;
‘bagai engkau kucintai’
‘kegagahanmu bagai raja angkasa’

Gaya bahasa yang ketiga ialah anafora yang bermaksud perulangan kata awal baris. Contohnya;-
‘bagai engkau hai burung-burung’
‘ bersarang hidup di puncak gunung’
‘berlegar bebas bersiul riang’
‘bagai engkau kucintai ini kehidupan’

Gaya bahasa yang keempat ialah metafora yang bermaksud satu yang boleh dikira dan satu lagi tidak boleh dikira. Contohnya;-
‘seperti tifa kehidupan menjangkau tujuh benua’

Gaya bahasa yang terakhir ialah kata ganda yang bermaksud kata yang digandakan. Contohnya;-
‘burung-burung zaman lambang kebebasan eluruh manusia’


Tajuk; ERTI PERSAHABATAN

Gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Erti Persahabatan yang pertama ialah simile yang bermaksud perbandingan setara dengan menggunakan kata sepeti, bagai dan lain-lain. Contohnya;-
‘bagai dibuai-buai’

Gaya bahasa yang kedua ialah kata ganda yang bermaksud kata yang digandakan. Comtohnya;-
‘bagai dibuai-buai’
‘tergantung-gantung’
‘berhati-hati’

Gaya bahasa yang ketiga ialah sinkof yang bermaksud penyingkatan kata. Contohnya;-
‘akan tergapaikah tanganku terhulur di seberang’

Gaya bahasa yang keempat ialah anafora yang bermaksud perulangan kata pada awal baris. Contohnya;-
‘inikah erti persahabatan
inikah persaudaraan??’

Gaya bahasa yang terakhir ialah hiperbola yang bermaksud yang menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan. Contohnya;-
‘berdosa memutuskan tali’

Langkah Individu dan Rabiatul Addawiyah

Langkah Individu

Gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini ialah
Anafora,perulangan baris ayat hadapan.
Contohnya:Akan kuseret langkah (rangkap 1 baris 1)
Akan kubenamkan (rangkap 2 baris 1)

Gaya bahasa yang kedua ialah Hiperbola,perbandingan yang melampau.
Contohnya:Wajah yang terbelah.(rangkap 1 baris 3).

Gaya bahasa yang ketiga ialah Metafora,satu benda yang boleh di kira dan satu benda lagi tidak boleh dikira.
Contohnya:Kerak hati (rangkap 2 baris 3)
Lapisan kasta (rangkap 3 baris 6).

Gaya bahasa yang keempat ialah Asonansi,perulangan vokal`a’.
Contohnya:bersama kerawanan (rangkap 1 baris 2).

Gaya bahasa yang kelima ialah Aliterasi,perulangan
Konsonan `k’.
Contohnya:Akan kuseret langkah (rangkap 1 baris 1).

Gaya bahasa yang keenam ialah kata ganda,kata yang berganda.
Contohnya:di celah-celah lapisan kasta.

Rabiatul Addawiyah


Gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini ialah
Diksi,penggunaan kata yang ada hubungan dengan soal keislaman.
Contohnya:munajat, Nur syahadat (rangkap 1 baris 7,8)
Taubat,fana,(rangkap 2 baris 1,4).

Gaya bahasa yang kedua ialah metafora,satu boleh dikira satu tidak boleh dikira.
Contohnya: tiang iman (rangkap 3 baris 4).

Gaya bahasa yang ketiga ialah hiperbola,perbandingan yang melampau.
Contohnya: diuji duri sekian aduh (rangkap 1 baris 3).

Gaya bahasa yang keempat ialah simbolik,perlambangan.
Contohnya: lumpur (rangkap 1 baris 2) bermaksud `kehinaan’.
Mimpi hitam (rangkap 1 baris 3) bermaksud
`kehidupan maksiat’.

Gaya bahasa yang kelima ialah personifikasi,perbandingan satu benda terhadap sikap manusia.
Contohnya: di malam munajat (rangkap 1 baris 7 )
Mengelupas oleh fana yang perkasa (rangkap 2 baris 4).

Gaya bahasa yang keenam ialah anafora,perulangan kata baris hadapan.
Contohnya: biar padah menerjah (rangkap 3 baris 5 )
biar petaka menyangga (rangkap 3 baris 6).

DI KEBUN HAYAT

DI KEBUN HAYAT
Saibil Madun
Gaya bahasa pertama yang terdapat di dalam sajak ini
Ialah sinkof bermaksud persingkatan kata.
Contohnya,
Kau seperti mawar diberikan warna
Gaya bahasa yang kedua ialah personifikasi bermaksud
memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan,perwatakan
kepada benda-benda yang abstrak.
Contohnya,
Hanya kebun hayat tempat kenal diri
Gaya bahasa yang ketiga ialah simile bermaksud perbandingan
setara dengan menggunakan kata-kata seperti.
Contohnya,
Seperti kau menikmati kesuburan.
Gaya bahasa keempat yang terdapat di dalam sajak ini ialah
Metafora bermaksud perbandingan terus tanpa menggunakan kata-kata.
Contohnya,
Dimatangkan oleh timangan waktu.

DI PANTAI INI

DI PANTAI INI
(buat jojo)
Latiff mohidin

Gaya bahasa pertama yang terdapat di dalam sajak ini ialah anafora bermaksud pengulangan kata pada baris awal.
Contohnya,
Tidak ada rebut
Tidak ada kabut
Gaya bahasa kedua ialah metafora bermaksud perbandingan secara terus tanpa menggunakan kata- kata.
Contohnya,
Atau serpihan kaca
Gaya bahasa ketiga ialah kata ganda bermaksud perkataan yang diganda-gandakan.
Contohnya,
Kanak-kanak
Tiba-tiba
Gaya bahasa keempat tang terdapat di dalam sajak ini ialah personifikasi bermaksud memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan ,perwatakan kepada benda-benda yang abstrak.
Contohnya,
Berkejaran bermain seenaknya