PERKATAAN drama berasal daripada perkataan Greek Tua "dran" yang bermaksud melakukan aksi "melakonkan".Drama juga membawa maksud gambaran hidup manusia yang dicipta oleh pengarang melalui daya imaginasi,fantasi dan pengalaman hidupnya dalam proses sosiolisasi.Berbeza gengan genre sastera yang lain,drama dihasilkan bukan untuk dibaca,tetapi bertujuan untuk dipentaskan.
Di Malaysia,pertumbuhan drama moden sebagai hasil kesusasteraan dapat dikatakan agak lambat.Pada tahun 1930-an,kita sudah melihat cerpen an sajak tetapi pada tahun 1940-an,drama masih di peringkat drama bangsawan.Bangsawan ialah drama tradisional yang masih belum menggunakan skrip bertulis dan sutradara.Bagaimanapun,unsur pembaharuan telah jelas kelihatan.Di peringkat awal tahun 1950-an,drama-drama yang dipentaskan lebih berbentuk sandiwara.Tetapi pada tahun 1960-an drama-drama realisme telah mula diperkenalkan.Drama realisme lebih diminati kerana bentuknya yang lebih dekat dengan realiti hidup masyarakat yang diwakilinya.Drama realisme terus dihasilkan oleh penulis sehingga tahun 1970-an.
Bahagian genre drama ini mengemukakan sejumlah lima buah drama karya penulis mapan untuk dikaji dan diperkatakan oleh para pelajar.
Drama "Tun Seri Lanang" selenggaraan Shaharom Husain memaparkan sedutan kisah sejarah dalam era sistem beraja alam Melayu suatu masa dahulu.Tun Seri Lanang,Bendahara negeri Johor telah menjalankan pentadbiran dengan berhemah dan teratur.Tun Seri Lanang menjadi lebih terbilang oleh kelebihannya dalam bidang menyusun sejarah.
"Bujur Lalu Melintang Patah" karya Kala Dewata atau nama sebenarnya Mustapha Kamal Yassin merupakan seorang tokoh drama yang telah mempelopori drama realisme di Malaysia.Drama "Bujur Lalu Melintang Patah" cuba mengutarakan tentang persoalan pertentangan pendapat atau jurang generasi tua dan muda.Generasi tua amat berpegang pada hidup bermuafakat dan mengekalkan adat tradisi kaum iaitu adat pepatih.Manakala generasi muda amat memilih jalan sendiri dalam kehidupan moden tanpa dibelenggu adat tradisi yang dianggap[ lapuk.
Drama "Waktu Sesudah Itu" karya Othman Haji Zainuddin membicarakan tentang kemanusiaan sejagat.Walaupun latar masyarakatnya masyarakat Melayu dan latar tempatnya Malaysia,iaitu kawasan setinggan di bandar raya,namun pemikiran dan persoalan yang digarap merupakan isu sejagat.Kisah berkisar tentang nasib bekas pejuang bangsa yang telah menyabung nyawa menentang penjajah.
Wednesday, August 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment